Hepatitis B meningkat dalam tempoh lima tahun

Ismail (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kampung Nelayan Tanjung Dawai hari ini.
Ismail (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kampung Nelayan Tanjung Dawai hari ini.
A
A
A

TANJUNG DAWAI - Kes Hepatitis B di negara ini menunjukkan peningkatan dalam masa lima tahun kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, jumlah individu yang terlibat pada tahun 2014 ialah 13 orang bagi setiap 100 ribu penduduk meningkat kepada 15 orang pada tahun 2018.

Katanya, peningkatan ini juga turut dicatatkan bagi negeri Kedah dengan jumlah bilangan kes Hepatitis B bagi tahun 2018 meningkat enam orang bagi setiap 100 ribu penduduk dengan jumlah kes 140 berbanding hanya tiga orang bagi setiap 100 ribu penduduk dengan jumlah 66 kes pada tahun sebelumnya.

"Bagi Hepatitis C pula dianggarkan sebanyak 3,000 kes jangkitan baru dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap tahun," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kampung Nelayan Tanjung Dawai hari ini.

Ismail ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kampung Nelayan Tanjung Dawai hari ini.
Ismail ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Kampung Nelayan Tanjung Dawai hari ini.

Menurutnya, vaksin Hepatitis B adalah penting bagi memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit ini sejak tahun 1989.

"Pemberian vaksin Hepatitis B dalam tempoh 24 jam selepas lahir adalah 95 peratus efektif dalam mencegah daripada jangkitan virus Hepatitis B dalam tempoh perinatal," katanya.

Tambah Ismail, sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia ini, KKM telah berjaya melaksanakan kempen saringan Hepatitis C di 112 fasilitet KKM dengan melibatkan 49 buah hospital dan 63 buah Klinik Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Kempen tersebut telah dijalankan pada 15 hingga 21 Julai lalu di mana sebanyak 11,000 Hepatitis C virus Rapid diagnostic test kits sumbangan Foundation For Innovative New Diagnostics (FIND) telah digunakan," katanya.

Ismail berkata, beliau sangat berharap agar seminar seperti ini menjadi platform dalam memperkukuhkan komitmen dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat berkaitan penyakit hepatitis.