Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur menjual pegangan mereka daripada memegang mata wang Amerika Syarikat itu menjelang ucapan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Jackson Hole hari ini.

Pada jam 9.17 pagi, ringgit berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 semasa ditutup pada Khamis.

Mesyuarat Jackson Hole merupakan simposium tahunan bank-bank pusat dari seluruh dunia, yang diadakan di kawasan pergunungan Jackson Hole, Wyoming.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata, harapan tinggi pada ucapan Powell di Jackson Hole selepas bulan Ogos yang kurang menggalakkan bagi pelabur dengan retorik mengenai kemelesetan dan perang perdagangan yang meningkat.

“Peniaga terus memberi tumpuan kepada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan di luar kedudukan tersebut.

“Akhirnya, minit FOMC tidak banyak memberi perhatian kepada hala tuju pasaran secara am dengan jumlah sekali lagi tidak memuaskan mengikut sebarang piawaian. Peniaga spekulatif sama ada memilih kepada lindung nilai atau tidak memasuki pasaran," katanya.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6357/6429 daripada 4.6407/6449 semasa ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding pound British kepada 5.1245/1311 daripada 5.0813/0854.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.9277/9328 daripada 3.9365/9404 dan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0195/0242 daripada 3.0197/0221. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia