Indonesia larang produk 'bebas minyak kelapa sawit'

Produk keluaran kelapa sawit berdepan diskriminasi negara maju.
Produk keluaran kelapa sawit berdepan diskriminasi negara maju.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mengikut jejak langkah Malaysia melarang produk tempatan atau import yang dilabel 'bebas minyak kelapa sawit' atau 'tiada minyak kelapa sawit' dipasarkan di kedai mewah di negara itu.

Semalam, Ketua Agensi Kawalan Makanan dan Ubat-ubatan, Penny K Lukito memaklumkan mereka akan meyakinkan dan mendidik penjual tentang kepentingan minyak kelapa sawit serta menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi industri tersebut selepas ia berdepan diskriminasi daripada kalangan negara maju.

"Terdapat persepsi dalam kalangan orang yang tinggal di bandar kononnya minyak kelapa sawit tidak sihat hingga ada pengguna yang cuba mengelakkan produk itu. Namun, ia belum terbukti secara saintifik," katanya.

Difahamkan, Malaysia dan Indonesia secara bersama membentuk kira-kira 85 peratus daripada bekalan minyak sawit global.

Kedua-dua negara itu mengancam untuk bertindak-balas dalam perang perdagangan berpotensi dengan Kesatuan Eropah (EU) selepas blok terbabit memutuskan untuk mengenakan had yang ketat terhadap penggunaan minyak tropika dalam minyak bio atas kebimbangan tindakan penebangan hutan. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: