Perkhidmatan Gojek perlu kajian terperinci

Redzuan ditemui selepas Wacana Sinar Harian Siri ke-121 bertajuk DKN 2030: Pemangkin Usahawan Negara di Dewan Karangkraf hari ini. - FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Redzuan ditemui selepas Wacana Sinar Harian Siri ke-121 bertajuk DKN 2030: Pemangkin Usahawan Negara di Dewan Karangkraf hari ini. - FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Kajian terperinci perlu dijalankan sebelum perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek dilaksanakan di Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pengangkutan perlu tampil dengan perincian undang-undang terlebih dahulu.

“Kerajaan bersetuju atas konsensus kita perlu kaji dengan lebih mendalam mengenai industri perkhidmatan Gojek ini.

“Kita kena faham, bukan hari ini kita bersetuju, esok sudah boleh buat Gojek,” katanya selepas Wacana Sinar Harian Siri ke-121 bertajuk DKN 2030: Pemangkin Usahawan Negara di Dewan Karangkraf hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan terbabit.

Tambah beliau, besar kemungkinan pelaksanaan Gojek tidak melibatkan perkhidmatan e-hailing, sebaliknya hanya tertumpu kepada penghantaran barangan.

“Gojek memberi peluang kepada anak muda untuk mengisi masa dengan lebih produktif.

“Bagaimanapun, kena tunggu KBS memperhalusi pelaksanaan Gojek ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: