AS umum ganjaran AS$5 juta untuk maklumat ketua Daesh

Foto globalvillagespace.com
Foto globalvillagespace.com
A
A
A

NEW YORK - Di bawah program 'Rewards for Justice', Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan akan menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta untuk maklumat mengenai pemimpin utama kumpulan pengganas Daesh.

Individu yang disenaraikan itu ialah Amir Muhammad Sa'id Abdal-Rahman al-Mawla, Sami Jasim Muhammad al-Jaburi dan Mu'taz Numan 'Abd Nayif Najm al-Jaburi.

Menurut kenyataan Jabatan Negara maklumat lanjut mengenai ganjaran itu boleh didapati di laman web www.rewardsforjustice.net.

"Kami mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini supaya menghubungi talian (1-800-877-3927 di Amerika Utara), atau menerusi laman web, e-mel (INFO@rewardsforjustice.net), atau melalui surat dihantar ke pejabat (Rewards for Justice, Washington, DC, 20520-0303, Amerika Syarikat).

"Selain itu, individu juga boleh menghubungi Pegawai Keselamatan Serantau di kedutaan atau konsulat AS terdekat. Semua maklumat adalah rahsia," kata Jabatan Negara.

Jabatan Negara menyifatkan program tersebut sebagai satu "cara penguatkuasaan undang-undang yang berkesan", diselia oleh Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara AS.

Sejak penubuhannya pada 1984, program itu telah membayar lebih $150 juta kepada lebih 100 individu orang yang menyalurkan maklumat.

Menurut Jabatan Negara, Rabu (21 Ogos) merupakan Hari Peringatan dan Penghormatan Antarabangsa kepada mangsa keganasan.- Bernama

Artikel Berkaitan: