X

Kindly register in order to view this article
!

Tak mengaku bunuh

12 lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada 11 0gos lalu yang turut menyebabkan seorang lelaki terbunuh.
A
A

TEMERLOH - Seorang pekerja kedai barang lusuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh hingga menyebabkan kematian seorang pemuda pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh, S Govintaran, 23, dari Taman Sri Layang, Mentakab membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Riffah Uzzati Abdul Mutalif.

Mengikut kertas pertuduhan, Govintaran didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian R Loganathan, 21, di antara jam 3 hingga 5 pagi di Jalan Bongor,Taman Rimba, Mentakab pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 1 Oktober depan.

12 lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada 11 0gos lalu yang turut menyebabkan seorang lelaki terbunuh.
12 lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada 11 0gos lalu yang turut menyebabkan seorang lelaki terbunuh.

Tertuduh antara 12 lelaki yang dihadapkan di mahkamah selepas terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada hari kejadian di lokasi terbabit.

Selain itu, tertuduh bersama 11 lelaki terbabit turut didakwa kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam insiden tersebut, mangsa (Loganathan) meninggal dunia pada 12 Ogos lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus