IRDA jangka pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan awam IMBRT pada tahun 2022

Datuk Ismail Ibrahim
Datuk Ismail Ibrahim
A
A
A
PIHAK Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) optimis perkhidmatan pengangkutan awam yang dikenali Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) di Iskandar Malaysia, Johor akan memacu sistem pengangkutan lebih efisien di bandar metropolis itu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, IRDA menjangkakan pelaksanaan IMBRT pada tahun 2022 akan memberi alternatif kepada penduduk di bandar tersebut yang dijangka meningkat kepada dua juta penduduk bajkal menggunakan perkhidmatan awam.

Menurutnya, IMBRT diwujudkan untuk mengatasi kelemahan sistem pengangkutan sedia ada yang hanya meliputi 35 peratus kawasan Iskandar Malaysia, berkeluasan 2,217 kilometer persegi.

"IRDA mengunjurkan kemudahan IMBRT akan memberikan perkhidmatan kepada populasi tumpuan iaitu 90 peratus daripada Iskandar Malaysia.

"Kami berharap pada tahun 2022, IRDA akan melaksanakan perkhidmatan operasi IMBRT fasa 1. Ia akan melibatkan tiga laluan utama, 26 laluan terus dan 42 laluan bas pengantara. Kami berkeyakinan jumlah bas yang akan digunakan ialah 800 hingga 1,400 bas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam, Selangor hari ini.

Tambahnya, dengan sistem bersepadu itu, IMBRT akan dapat membantu pengguna menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.

"Buat masa ini, jumlah penduduk yang menggunakan kenderaan persendirian ialah adalah 85 peratus dan selebihnya adalah menggunakan perkhidmatan awam. Kami mengunjurkan penduduk akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam akan meningkat kepada 50 peratus selepas IMBRT beroperasi nanti,” katanya.

Mengulas mengenai modal pelaburan pelaksanaan projek IMBRT, Ismail berkata, IRDA mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM2.56 bilion dan daripada jumlah itu sebanyak RM1 bilion akan ditampung kerajaan manakala selebihnya dibiayai pihak swasta.
Artikel Berkaitan: