Exco Perak terima ugutan bunuh

Howard Lee
Howard Lee
A
A
A

IPOH - Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee mendedahkan menerima ugutan bunuh melalui WhatsApp, semalam.

Menurutnya, ugutan itu diterima melalui satu tangkap layar perbualan daripada satu kumpulan WhatsApp dan memerlukan kepada tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

"Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan, malah Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diterima Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga mengiktiraf hak untuk menyuarakan pendapat dan bersuara.

"Saya sentiasa terbuka dan meraikan perbezaan pandangan, namun begitu saya yakin bahawa ugutan bunuh tidak diterima sebagai sebahagian daripada hak asasi ini," katanya dalam kenyataan kepada media malam tadi.

Howard yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji berkata, beliau meminta pegawainya membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh tersebut.

Menurutnya, tindakan lanjut diserahkan Saya kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan bunuh berkenaan.

Artikel Berkaitan: