Lelaki ditahan bantu siasatan hantaran Facebook berunsur perkauman

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan terhadap satu hantaran di Facebook berunsur perkauman yang dipaparkan dalam artikel sebuah portal Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, suspek itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, jam 3 petang.
“Hasil siasatan awal, suspek menyatakan akaun Facebooknya telah digodam.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selain permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya hari ini.