Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan

Nicolas Dujovne
Nicolas Dujovne
A
A
A

BUENOS AIRES - Menteri Ekonomi Argentina, Nicolas Dujovne memutuskan untuk meletakkan jawatan ketika negara itu kini bergelut dengan krisis kewangan.

BBC melaporkan, Dujovne dalam suratnya kepada Presiden berkata, beliau telah melakukan segala yang mampu dalam melaksanakan reformasi penting kepada ekonomi negara itu.

"Saya percaya peletakan jawatan saya adalah sejajar dengan tempat saya dalam kerajaan yang mendengar rakyat dan bertindak sewajarnya," katanya dalam surat tersebut.

Kekosongan jawatan itu bakal diisi seorang pegawai ekonomi ternama di Buenos Aires, Hernan Lacunza.

Sementara itu, kerajaan juga dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

BBC juga melaporkan, nilai mata wang Argentina, Peso susut sebanyak 20 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat selepas kekalahan Presiden Mauricio Macri kepada Albertro Fernandez pada pilihan raya minggu lepas.

Pada pilihan raya tersebut, Alberto menang dengan 47.7 peratus undi berbanding Maurizio yang memperoleh 32.1 peratus undi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!