Surah al-Kahfi dipilih untuk hayati erti kemerdekaan

Antara peserta Rumah Ngaji Hj Sidek Seremban turut menyokong MALAYSIA#QuranHour yang akan berlangsung 30 Ogos ini di lokasi utama Masjid Negeri.
Antara peserta Rumah Ngaji Hj Sidek Seremban turut menyokong MALAYSIA#QuranHour yang akan berlangsung 30 Ogos ini di lokasi utama Masjid Negeri.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 50 lokasi di negeri ini akan turut serta menganjurkan program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung secara serentak bersamaan 29 Zulhijah, bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengerusi Rumah Ngaji Negeri, Gharizah Hashim berkata, pada tahun ini surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 dan 100 hingga 110 dipilih untuk dialunkan bagi menghayati erti kemerdekaan, memandangkan tarikh program itu jatuh pada bulan kemerdekaan.

Menurutnya, program hasil inisiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) itu bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran melalui bacaan, faham dan amal.

Antara orang kuat Masjid Negeri dan peserta yang terlibat membantu penganjuran MALAYSIA#QuranHour di Negeri Sembilan.
Antara orang kuat Masjid Negeri dan peserta yang terlibat membantu penganjuran MALAYSIA#QuranHour di Negeri Sembilan.

“Program ini adalah usaha untuk menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran dapat dibentuk dalam jiwa setiap umat Islam selain mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan seharian. Kita harap Malaysia #QuranHour ini akan menjadi asas penyatuan ummah tanpa ambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik mahupun pemimpin dan rakyat.

"Memandangkan ia jatuh pada bulan kemerdekaan, jadi marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan mengupas pesan kemerdekaan dalam surah al-Kahfi," katanya kepada Sinar Harian.

Masjid Negeri merupakan lokasi utama bagi penganjuran Malaysia #QuranHour yang bermula seawal 11 pagi, dengan permulaan alunan bacaan-bacaan suci al-Quran yang menyasarkan lebih 700 kehadiran.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Turut melaksanakan program itu ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri, Perpustakaan Awam Negeri, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Masyarakat Islam digalakkan untuk hadir ke lokasi berdekatan di kawasan masing-masing bagi memeriahkan lagi program Malaysia #QuranHour.