Peniaga pasar malam diperdaya 'majistret'

Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga pasar malam kerugian RM12,500 akibat diperdaya seorang wanita yang mendakwa sebagai 'majistret' di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa lelaki yang berusia 45 tahun itu pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh wanita bernama Suraya daripada Mahkamah Kuala Terengganu.

Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM10,000 dan meminta mangsa memasukkan baki wang yang ada di dalam akaun bank mangsa berjumlah RM12,500.

"Pada hari yang sama, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM2,500 ke dalam satu akaun Maybank di atas nama muhammad Syafian Mohd.

"Pada keesokan harinya, mangsa sekali memasukkan duit berjumlah RM10,000 di atas dua transaksi di dalam akaun yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Wazir berkata, selepas mangsa memaklumkan kepada suspek wang telah dimasukkan ke akaun tersebut, suspek bertindak memutuskan hubungan talian telefon.

"Mangsa yang berasa dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan semalam," katanya.

Tambahnya, beliau meminta orang awam supaya tidak melayan panggilan telefon yang meragukan daripada individu tidak dikenali dan boleh menghubungi pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan Macau Scam.

Artikel Berkaitan:

“Polis atau agensi kerajaan tidak pernah meminta individu memasukkan wang atau bayaran melalui mesin ATM untuk bayaran ke akaun peribadi tertentu,” katanya.