Julai 2019 bulan paling panas

Suhu panas melampau itu turut menyebabkan ais mencair pada kadar
lebih cepat.
Suhu panas melampau itu turut menyebabkan ais mencair pada kadar lebih cepat.
A
A
A

WASHINGTON - Suhu pada bulan Julai 2019 adalah paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) kelmarin.

Purata suhu global pada bulan lalu adalah 0.95 darjah Celsius di atas purata pada abad ke-20 iaitu 15.8 darjah Celsius yang menjadikannya bulan Julai paling panas sejak 1880.

“Kebanyakan kawasan mengalami musim panas luar biasa pada bulan lalu. Fenomena itu juga menyebabkan penyusutan ais di Artik dan Antartika pada paras terendah,” ujar agensi itu berdasarkan data yang diperoleh daripada stesen cuaca, laporan kapal dan boya.

Jelasnya lagi, sembilan daripada 10 bulan Julai paling panas direkodkan sejak 2005.

Pada bulan lalu, beberapa negara Eropah turut dilanda gelombang haba luar biasa dan seluruh Afrika turut mengalami bulan paling panas.

Selain itu, terdapat beberapa kawasan lebih sejuk daripada suhu purata termasuk beberapa bahagian Scandinavia dan timur Rusia di mana suhu direkodkan ialah 1.5 darjah Celsius di bawah purata atau lebih sejuk. - AFP

Artikel Berkaitan: