Johor lubuk pengeluaran daging tempatan

Salahuddin meninjau proses ternakan lembu di Ladang Satelit Nasional Lubuk Bakul, Pagoh kelmarin.
Salahuddin meninjau proses ternakan lembu di Ladang Satelit Nasional Lubuk Bakul, Pagoh kelmarin.
A
A
A

PAGOH - Kerajaan komited menjadikan Johor sebagai hab pengeluaran daging tempatan yang mampu menampung bekalan itu ke seluruh negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, melalui penambahan jumlah Ladang Satelit Nasional (LSN) di Lubuk Bakul di sini, pengeluaran dijangka lebih pesat dengan wujudnya enam unit kandang yang dapat menampung sehingga 5,864 ekor populasi ternakan.

Menurutnya, setakat ini sebanyak lima buah LSN telah dibuka di Johor berikutan keadaan muka bumi yang sesuai.

"Di Johor, LSN telah dibangunkan di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Segamat, Kota Tinggi dan Muar. Lima kawasan LSN adalah di Lubuk Bakul, Peta Temalik, Bukit Keruing, Ulu Bakri dan Bangas melibatkan 21 unit kandang dan seramai 20 pengusaha terlibat.

"Di LSN Lubuk Bakul di sini, sebanyak enam unit kandang telah dibangunkan dan disewa kepada empat pengusaha.

"Berdasarkan statistik, sebanyak 5,864 ekor ekor populasi ternakan telah dicapai dalam tempoh Januari hingga Jun 2019," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas mengadakan lawatan di LSN Lubuk Bakul, Pagoh semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin berkata, setakat ini, LSN Lubuk Bakul telah dimanfaatkan hampir 30 peratus pengusaha dan pihaknya merancang untuk menambah lagi projek berkenaan di lokasi sesuai.

"Saya berpendapat bahawa perlunya tingkatkan baka dan pembiakan lembu kerana kita tak boleh bergantung pada sumber import semata-mata.

"Kurangkan kebergantungan itu dan kami rancang LSN dapat diusahakan dengan sebaiknya kelak.

"Untuk rekod, pada 2018, sebanyak 3,386.36 tan metrik daging telah dikeluarkan melibatkan 23,411 ekor lembu," katanya.