Lelaki nyaris maut dihempap kren tumbang

Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sekitar jam 12.01 tengah hari tadi.
Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sekitar jam 12.01 tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki nyaris maut selepas dihempap kren tumbang di kawasan tapak pembinaan di Persiaran Stonor, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Farid Hussin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 10.55 pagi, seterusnya menghantar pasukan bomba ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah kren seberat 45 tan tumbang menyebabkan seorang mangsa lelaki berusia 34 tahun tersepit di bawah kren tersebut.

"Anggota bertindak memotong besi cerucuk bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang lelaki cedera di kaki selepas tersepit di bawah kren tumbang.
Seorang lelaki cedera di kaki selepas tersepit di bawah kren tumbang.

Mohd Farid berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.01 tengah hari dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, operasi dikendalikan 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak bersama BBP Hang tuah dan BBP Pudu.

Artikel Berkaitan: