Dah pandai tunjuk samseng

No Image Caption
A
A
A

CHERAS - Baring di jalan raya, melastik kenderaan yang lalu-lalang dan berlagak samseng dengan menendang peralatan kedai.

Itu antara perbuatan biadab beberapa remaja lelaki di kawasan Anggerik di sini yang dirakam dan tular di media sosial sejak semalam.

Tiga video berdurasi antara enam hingga 29 saat itu menunjukkan kelakuan remaja lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat

Dalam video pertama berdurasi 6 saat, remaja terbabit dirakam menunggu di tepi jalan sebelum melastik kenderaan yang melalui jalan raya itu.

Sebahagian rakaman video yang tular menunjukkan remaja terbabit selamba baring di jalan raya dan tidak menghiraukan kenderaan lalu-lalang (gambar kiri) dan sekumpulan remaja bertindak biadab dengan melastik kenderaan yang melalui jalan raya.

Video kedua berdurasi 29 saat pula merakam lagak samseng remaja terbabit yang terjerit-jerit sambil menumbuk dan menendang peralatan diletakkan di luar kawasan sebuah kedai.

Seorang remaja berbaju T berwarna merah yang memakai cermin mata berwarna hitam dirakam berjalan dengan lagak samseng selepas dipercayai membuat kecoh dan menyepahkan barang di kedai tersebut.

Video ketiga pula merakam gelagat lima remaja lelaki berbaring di tengah jalan dan tidak menghiraukan kenderaan yang melalui jalan raya tersebut.

Artikel Berkaitan:

Perbuatan mengganggu ketenteraman awam itu mengundang kemarahan dan orang ramai memohon pihak berkuasa mengambil tindakan.

Seorang remaja dirakam terjerit-jerit dan mengeluarkan berkata-kata kesat selepas dipercayai menyepahkan kedai (gambar kiri) dan remaja terbabit juga dipercayai membuat kecoh dan menyepahkan peralatan di sebuah kedai.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kereta yang dilastik seperti dirakam dalam video tular.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan melakukan rondaan lebih kerap di lokasi terlibat

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 039284 5050 atau 039284 5051 untuk tindakan lanjut,” katanya.