Geng Emi Keju: Polis buru empat lelaki bantu siasatan

A
A
A

SHAH ALAM - Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan kumpulan jenayah terancang, Geng Emi Keju.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka yang dicari adalah Mohd Aidee Fatehah Md Akhir, 33, atau nama samarannya Fatesh; Mohd Fairus Hassan, 39, (Lit atau Panjang); Muhamad Arif Amran, 23, (Capang) dan Doddy Eddy, 23, (Alan atau Edy).

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan empat lelaki itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019- 2306107.

Terdahulu, polis telah menumpaskan geng jenayah paling dikehendaki Geng Emi Keju apabila ketua kumpulannya dan 17 ahli kumpulan itu ditahan polis melalui satu operasi khas yang dilaksanakan sejak 2017.

Geng ini aktif melakukan samun di Selangor, Kuala Lumpur, Perak serta Negeri Sembilan dan antara jenayah dilakukan kumpulan ini samun van keselamatan membawa duit di Bukit Antarabangsa pada September 2017 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM700,000, samun kedai emas di Tesco Rawang pada Disember 2017 dengan kerugian RM800,000, samun kedai emas di sebuah pasar raya di Sri Petaling pada Ogos 2018 kerugian RM800,000 dan samun berangkai bermotosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng Emi Keju tumpas

Artikel Berkaitan: