Rusia curi teknologi AS

JOHN BOLTON
JOHN BOLTON
A
A
A

WASHINGTON - Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton menuduh Rusia sedang membangunkan peluru berpandu hipersonik berdasarkan teknologi ketenteraan AS yang dicuri.

Bolton membuat tuduhan itu ketika mengulas kejadian letupan di sebuah pangkalan tentera di rantau Arkhangelsk, Rusia baru-baru ini.

"Kami mempunyai banyak maklumat mengenainya (letupan di Arkhangelsk), apa yang saya dedahkan hanya sedikit," katanya.

Pada 8 Ogos lalu, satu letupan kuat menggegar perkampungan Nyonoksa di rantau Arkhangelsk.

Kejadian itu meragut lima nyawa saintis.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, letupan itu berlaku semasa ujian jet baharu tanpa memberikan butiran lanjut.

Susulan kejadian itu, media membuat spekulasi bahawa letupan tersebut berpunca daripada ujian peluru berpandu hipersonik dikenali sebagai Burevestnik. - Agensi

Artikel Berkaitan: