Merdeka bukan sekadar kibar bendera!

No Image Caption
A
A
A

HUJUNG bulan ini, Malaysia akan sambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62. Bagi yang lahir pada tahun 1957, barangkali sudah berderet-deret jumlah cucu dan cicitnya.

Seperti biasa, apabila hampir dengan tarikh 31 Ogos, tidak lama lagi akan kedengaranlah di corong-corong radio dan stesen TV lagu-lagu patriotik. Akan berkumandanglah lagu legenda Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Ahmad Jais atau Aishah.

Secara zahirnya, kita boleh lihat ramai yang teruja setiap kali menjelang bulan Ogos, nak tengok konsert, nak tengok bunga api! Tetapi jika dilihat realiti masa kini, adakah rakyat Malaysia benar-benar merdeka?

Mungkin ramai yang akan marah dan menuduh Merak Jalanan tidak patriotik.Betul, rakyat Malaysia sangat patriotik, Buktinya, budak-budak kecil pun boleh hafal semua lagu-lagu merdeka termasuk lagu baharu, Kita Punya Malaysia!

Ya, rakyat Malaysia sangat prihatin bila nak sambut merdeka. Ramai yang sanggup berhabis duit nak buktikan semangat dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi. Sanggup hias kenderaan, hias rumah, buat macam-macam bentuk replika yang membawa mesej Jalur Gemilang. Itulah kita setiap kali memperingati makna kemerdekaan. Kita seolah-olah diasuh hanya untuk kenang sejarah negara yang pernah dijajah. Kita lupa dalam banyak perkara berkaitan emosi dan cara berfikir, minda kita sebenarnya masih belum merdeka.

Penyalahgunaan media sosial ialah bukti sebilangan besar masyarakat hari ini terutamanya golongan millenial lupa adat resam, lupa budi bahasa, hilang hormat kepada sesama manusia. Kita cepat melenting bila lihat bangsa lain pijak-pijak bendera kita, tetapi kita lupa anak bangsa kita juga tidak kurang bermulut celupar.Generasi hari ini yang hidup dalam dunia digital memang sangat menakutkan. Kuasa key board warrior, kuasa netizen, kuasa tular boleh melemahkan manusia. Maaf cakap, tidak ada maknanya bagai nak ‘rak’ sambut hari merdeka jika tahap pemikiran kita masih ‘kotor’.

Artikel Berkaitan: