Umno buat pemutihan ahli

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
A
A
A
KUALA LUMPUR - Umno sedang melaksanakan program pemutihan dan kemas kini data keahliannya seluruh negara.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, program yang dijangka siap akhir Disember ini bertujuaan mengeluarkan dan membatalkan senarai keahlian mereka yang sudah meninggal dunia, gagal dikesan dan ahli yang tidak lagi bersama Umno.

“Proses ini akan menjadikan Umno lebih bersih, kemas dan tersusun.

"Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga akan memutuskan jadual mesyuarat agung cawangan dan persidangan perwakilan bahagian bagi tahun 2019 tidak lama lagi bagi menepati syarat dan peraturan perlembagaan parti dan Pendaftar Pertubuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Umno yang kini dipimpin Datuk Seri Mohamed Hassan akan menumpukan usaha memantapkan struktur dan organisasi 191 bahagian dan 22,000 cawangan di seluruh negara.
Artikel Berkaitan:


“Seluruh saf pimpinan semua peringkat dan sayap diseru memberi fokus secara bersepadu bersama pucuk pimpinan.

“Untuk membina jati diri perjuangan dan organisasi Umno yang lebih perkasa, mantap serta membuat persiapan paling rapi dan bangkit bersama rakyat ke arah menghadapi PRU15,” katanya.