Sinergi media jayakan #QuranHour

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyampaikan ucapan ketika Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyampaikan ucapan ketika Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh media dalam pelbagai platform diseru meneruskan sinergi untuk menjayakan kempen #QuranHour bagi menanam gelombang tsunami al-Quran kepada orang ramai.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, sinergi media diakui menjadi tonggak kejayaan kempen sebelum ini dan diharap usaha itu bukan diadakan sewaktu program-program #QuranHour sahaja bahkan sebagai kempen berterusan sepanjang masa.

“Tidak boleh berhenti (pada program #QuranHour), perlu teruskan kerana mahu merealisasikan hasrat untuk mengQurankan ummah, ikhlaskan bangsa berpandukan al-Quran.

“Justeru gabungan pelbagai media sekali lagi pada kali ini untuk Malaysia #QuranHour 1440H/2019 bukan hanya bagi menjayakan program yang bakal berlangsung 30 Ogos ini sahaja, tetapi ia satu kempen berterusan,” katanya pada majlis Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019 di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Surau Al-Huda, Utusan Melayu Malaysia Berhad, Saifulizam Mohamad ketika Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Surau Al-Huda, Utusan Melayu Malaysia Berhad, Saifulizam Mohamad ketika Sinergi Media Sempena Malaysia #QuranHour 2019. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Antara media yang akan menjayakan kempen tersebut ialah Astro Oasis, Astro Awani, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, TV Alhijrah, Kumpulan Utusan, Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian, TVIkim & IKIMfm dan DenaiHati Network.

Kempen Malaysia #QuranHour 2019 yang akan diadakan pada 30 Ogos ini juga diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 dan bakal berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi perdana bermula jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Selain di Putrajaya, Malaysia #QuranHour akan diadakan secara serentak di pelbagai lokasi lain di seluruh negara.

Pada majlis sama, Hussamuddin turut berkesempatan menyampaikan sumbangan ‘Daripada Ummah kepada Ummah’ bagi membantu sahabat di Kumpulan Utusan.

Sumbangan tersebut daripada Sahabah al-Quran yang terdiri daripada WUIF, Kumpulan Media Karangkraf dan orang ramai.

Al-Ammar Water Sdn Bhd menjadi penaja Bubbles, air beroksigen semula jadi bagi program taklimat media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Iktibar daripada surah al-Kahf

Pemilihan surah al-Kahf bertepatan dengan masyarakat hari ini

Terjemahan erti kemerdekaan melalui surah al-Kahf