Tukang paip dijel tiga tahun, satu sebatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Padah merompak seorang pemandu Grab sehingga mendatangkan kecederaan, seorang tukang paip dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini hari ini.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Mar Kong Ming, 33, selepas bapa anak dua itu mengaku salah.

Mahayon memerintahkan Kong Ming menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Kong Ming didakwa merompak hingga menyebabkan kecederaan terhadap Yeoh See Yeh, 30 di tepi Jalan Teratai 2, Setapak, di sini pada jam 2.45 petang pada 9 Mei lalu.

Dakwaan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat atau denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga selain mempunyai dua anak yang masih kecil.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal mengambil kira kecederaan, trauma dan kerugian yang dialami mangsa.

Artikel Berkaitan: