Harap kes Nora Anne pertama dan terakhir: MB

Aminudin ketika bercakap pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.
Aminudin ketika bercakap pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah buat keluarga Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati di lokasi pencarian semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap ia adalah peristiwa yang pertama dan terakhir.

"Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Nora Anne dan seluruh rakyat Ireland yang bersedih dengan apa yang menimpa gadis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan

10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

"Kita kesal apa yang berlaku, diharap ini adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Negeri Sembilan. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.

Semalam, pasukan SAR menemukan mayat perempuan kira-kira 2 kilometer dari resort The Dusun Hill pada jam 1.57 petang, yang kemudiannya disahkan milik Nora Anne yang dilaporkan hilang sejak sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan mayat dibuat oleh keluarganya yang datang untuk proses pengecaman di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Bedah siasat sudah pun dilakukan dan laporan mengenai hasil bedah siasat akan diketahui pada sidang media yang dijangka pada jam 5 petang ini.

Perkembangan kes Nora Anne Quoirin, 15, di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Tuesday, August 13, 2019