Bingung terima 'hadiah' misteri

Lelaki misteri 'hadiahkan' peti televisyen lama kepada penduduk di bandar Henrico, Virginia, AS.
A
A

VIRGINIA - Beberapa penduduk di Virginia, Amerika Syarikat berasa bingung apabila mendapati peti televisyen model lama diletakkan di depan pintu rumah mereka.

Menurut agensi berita Fox, sekurang-sekurangnya 60 penduduk di bandar Henrico mendapat 'hadiah' itu.

Misteri terjawab apabila perbuatan suspek dirakam menerusi kamera keselamatan di sebuah rumah.

"Seorang lelaki berpakaian 'jumpsuit' dan memakai 'televisyen' di kepala, meletakkan sebuah peti televisyen lalu pergi. Ia amat pelik," kata Adrian Garner kepada Fox.

Pasukan polis Henrico yang menerima laporan berhubung insiden pelik itu berkata, setakat ini 60 peti televisyen lama telah dikumpulkan dan pihaknya sedang berusaha menjejak suspek. - Agensi