Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong gantung proses daftar masuk

Penunjuk perasaan prodemokrasi mengadakan satu lagi protes di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hari ini. - Foto AFP
Penunjuk perasaan prodemokrasi mengadakan satu lagi protes di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hari ini. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hari ini menggantung semua proses daftar masuk berlepas susulan satu lagi himpunan penunjuk perasaan prodemokrasi di premis berkenaan.

Walau bagaimanapun beberapa penerbangan masih dilaporkan tiba dan berlepas.

"Operasi terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terjejas teruk susulan himpunan awam.

"Kesemua perkhidmatan daftar masuk bagi penerbangan yang dijadual berlepas digantung sejak jam 4.30 petang (waktu tempatan).

Beberapa penerbangan selebihnya (berlepas dan tiba) untuk hari ini akan diteruskan sementara syarikat penerbangan akan menguruskan penumpang yang masih belum menyelesaikan proses berlepas," kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan.

Sementara itu, orang awam dinasihati menjauhi kawasan lapangan terbang. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong lumpuh

Artikel Berkaitan:

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kembali beroperasi