Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong lumpuh

Penunjuk perasaan terus berhimpun di hab perjalanan utama di Hong Kong hari ini. - Foto AFP
Penunjuk perasaan terus berhimpun di hab perjalanan utama di Hong Kong hari ini. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hari ini terpaksa membatalkan kesemua penerbangan yang berlepas dan tiba di bandar raya itu selepas kira-kira 5,000 penunjuk perasaan terus mengadakan protes di hab perjalanan utama tersebut.

“Operasi di lapangan terbang ini telah terjejas teruk akibat perhimpunan awam terbabit,” kata jurucakap premis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hong Kong terus bergolak

Protes yang sudah berlarutan selama dua bulan di Hong Kong telah menyebabkan polis terpaksa menggunakan trak meriam air sebagai cara baharu untuk menangani kemaraan penunjuk perasaan.

Keputusan itu dibuat selepas gas pemedih mata dan tembakan peluru getah gagal untuk menghentikan siri demonstrasi tersebut yang berpunca daripada bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi ke China.

Kenderaan baharu turut dilengkapi kamera pengawasan dan beberapa muncung semburan itu dilancarkan selepas insiden pertempuran ganas di beberapa lokasi kelmarin yang menyebabkan 45 cedera.

Lebih 600 penunjuk perasaan diberkas sejak protes itu bermula. - Agensi

Artikel Berkaitan: