Lelaki cedera jatuh di Air Terjun Jerangkang

Mangsa dikhuatiri cedera bahagian pinggang.
Mangsa dikhuatiri cedera bahagian pinggang.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki cedera di pinggang dan di dagu akibat tergelincir di laluan Air Terjun Jerangkang, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.28 petang memaklumkan kejadian seorang pendaki jatuh ketika menjalani aktiviti mendaki ke puncak Air Terjun Jerangkang.

Nor Hisham (kanan) sedang menerima maklumat dari unit udara JBPM.
Nor Hisham (kanan) sedang menerima maklumat dari unit udara JBPM.

"Kita telah menggerakkan unit udara dan daratan untuk ke lokasi dan telah pun menemui mangsa, 30. Bagaimanapun keadaan muka bumi tidak mengizinkan helikopter untuk kaedah winching kerana dilitupi hutan tebal.

"Unit udara tiba kira-kira jam 6 petang dan berlegar sekitar 20 minit. Namun keadaan cuaca semakin gelap menyukarkan operasi menyebabkan unit udara terpaksa berpatah balik ke ibu pejabat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat JBPM Indera Mahkota, di sini hari ini.

Keadaan cuaca semakin gelap turut menyukarkan operasi menggunakan unit udara.
Keadaan cuaca semakin gelap turut menyukarkan operasi menggunakan unit udara.

Nor Hisham berkata, pada masa sama JBPM sedang menggerakkan 11 anggota pasukan penyelamat menerusi jalan darat untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa dipercayai jatuh ketika sedang mendaki di tingkat 19 air terjun tersebut sebelum tergelincir ke atas batu dari ketinggian tujuh meter.

Artikel Berkaitan:

Helikopter terpaksa berpatah balik ke Ibu Pejabat JBPM di Indera Mahkota di sini berikutan keadaan lokasi tidak sesuai untuk melakukan kaedah winching.
Helikopter terpaksa berpatah balik ke Ibu Pejabat JBPM di Indera Mahkota di sini berikutan keadaan lokasi tidak sesuai untuk melakukan kaedah winching.