Agong solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman bersama masyarakat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman bersama masyarakat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Terkenal dengan sifat keperibadian terpuji dan senang didekati rakyat jelata tidak dapat disangkal lagi pada peribadi Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila berkenan bertemu rakyat negeri ini selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Rata-rata rakyat tidak melepaskan peluang bertemu baginda dan tidak kurang pula yang bergambar bersama baginda.

Baginda juga berkenan beramah mesra dengan jemaah masjid yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi Abdul Halim Yusof, 45, ini merupakan peluang bagi dirinya bertemu secara dekat dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Selama ini saya menyaksikan baginda melalui kaca televisyen dan di dada akhbar, namun Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan bertemu dengan baginda secara dekat.

"Memang peluang ini saya nanti-nantikan sejak baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong," katanya yang datang daripada Alam Jaya, Kuala Selangor.

Terdahulu, baginda berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menunaikan solat Jumaat hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda pada jam pukul 1 petang disambut Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Artikel Berkaitan:

Turut menyambut ketibaan baginda, Menteri Besar, Amirudin Shari; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Mufti Selangor, Datuk Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid.

Baginda kemudian bersalaman dengan barisan kepimpinan kerajaan, Ahli Dewan Negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.