Mekanik anjur lumba haram diberkas

Suspek berusia 31 merupakan seorang mekanik ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penganjuran perlumbaan haram di Lebuhraya KESAS.
Suspek berusia 31 merupakan seorang mekanik ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penganjuran perlumbaan haram di Lebuhraya KESAS.
A
A
A

KLANG - Seorang mekanik yang dipercayai menjadi dalang penganjuran lumba haram diberkas polis di bengkelnya di Kampung Jawa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang susulan maklumat penganjuran perlumbaan haram di Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Menurutnya, polis turut merampas satu unit telefon bimbit jenis iPhone 4s milik suspek bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai pertama kali hendak menganjurkan perlumbaan haram itu. Kita percaya penganjuran ini dibuat di Lebuhraya KESAS sebagai tempat perlumbaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam kes berlainan, seorang penunggang motosikal ditahan di sebuah premis makanan segera di Jalan Klang-Banting kira-kira jam 4 pagi semalam.

Shamsul Amar berkata, tangkapan lelaki berusia 22 tahun itu dibuat selepas mendapati pembabitannya dalam perlumbaan haram di Lebuhraya KESAS.

Artikel Berkaitan:

"Polis telah menyita motosikal jenis Yamaha Lagenda yang digunakan suspek. Suspek dibawa ke Balai Trafik Klang untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.