Kertas siasatan kes rogol amah dipulang semula kali kedua

Razarudin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ipoh antara Senior Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby kepada pemangkunya, Superintendan, Nordin Abdullah hari ini.
Razarudin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ipoh antara Senior Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby kepada pemangkunya, Superintendan, Nordin Abdullah hari ini.
A
A
A

IPOH - Kertas siasatan kes rogol amah yang dikaitkan dengan Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong telah dipulangkan semula kepada polis buat kali kedua semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya perlu melengkapkan beberapa perkara sebelum diserah semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tempoh satu atau dua hari lagi diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dipulangkan semula untuk kita melengkapkan sedikit lagi siasatan serta melengkapkan keterangan-keterangan yang ada untuk kita hantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Ini kali kedua kertas ini dipulangkan dan kita akan cuba lengkapkan dalam sehari dua ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ipoh dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak di Mes Pegawai Kanan, di sini hari ini.

Razarudin memakaikan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner Anuar Othman yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.
Razarudin memakaikan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner Anuar Othman yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

Razarudin turut menegaskan bahawa polis menjalankan siasatan kes itu dengan telus dan adil.

Choo Kiong dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis yang dibuat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Artikel Berkaitan:

Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dirogol di rumah majikannya di Meru sehari sebelum laporan dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kertas siasatan rogol amah disemak pendakwaan

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah