'Syukur, ada yang sudi bantu Pak Dollah'

Kunjungan Sri Kandi Tanah Merah ke kediaman Pak Long@Dollah semalam.
Kunjungan Sri Kandi Tanah Merah ke kediaman Pak Long@Dollah semalam.
A
A
A

TANAH MERAH - Kedaifan seorang warga emas yang hidup sebatang kara di sebuah bangsal usang di Taman Adabi di Banggol Jenereh, mendapat perhatian Ketua Srikandi Tanah Merah, Zaleha Che Kob.

Abdullah Mamat, 80-an atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pak Dollah mendiami pondok itu tanpa kemudahan asas seperti tandas, bekalan air bersih mahu pun elektrik.

Menurut Zaleha, pihaknya mendapat tahu mengenai kesusahan hidup Pak Dollah selepas dimaklumkan seorang aktivis Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK), Tommy Aw.

Katanya, beliau difahamkan Pak Dollah menyara hidup berbekalkan hasil jualan serai yang ditanam di tepi pondoknya dengan pendapatan kira-kira RM35 seminggu.

"Insya-ALLAH Srikandi akan cuba berhubung dengan agensi kerajaan berkaitan bagi membantu Abdullah," katanya selepas mengunjungi warga emas itu.

Difahamkan, Pak Dollah kini tidak memiliki dokumen pengenalan diri selepas kad pengenalan atau MyKad miliknya didakwa sudah lama hilang.

Kisah Pak Dollah mula mendapat perhatian dalam kunjungan pihak KKCK ke kediaman warga emas itu.

Dalam kunjungan berkenaan, Pak Dollah yang tinggal dalam kediaman itu lebih dua tahun sebatang kara dan hanya mengharap simpati keluarga terdekat dan menyara hidup dengan jualan serai di tepi bangsalnya.

Artikel Berkaitan:

Melalui kunjungan berkenaan juga Pok Long turut menerima sumbangan barangan dapur dan bekalan makanan.

Harapan Pak Dollah supaya dia memperolehi kad pengenalan yang sah dan dapat menjalani kehidupan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangsal buruk 'mahligai' Pak Dollah