Sindiket judi online dalam bangunan pejabat tumpas

Polis menahan lima lelaki tempatan selepas terbabit dalam kegiatan judi online di sebuah bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.
Polis menahan lima lelaki tempatan selepas terbabit dalam kegiatan judi online di sebuah bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Modus operandi sindiket perjudian online yang menjadikan bangunan pejabat sebagai pusat operasi panggilan akhirnya terbongkar dalam serbuan di Kota Damansara di sini petang tadi.

Operasi bermula jam 1 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat dan risikan.

Difahamkan, dalam serbuan itu, lima lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun ditahan ketika sedang mengendalikan aktiviti perjudian tersebut.

Polis menahan lima lelaki tempatan selepas terbabit dalam kegiatan judi online di sebuah bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.
Polis menahan lima lelaki tempatan selepas terbabit dalam kegiatan judi online di sebuah bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Seorang daripada lelaki berasal dari Keningau, Sabah berusia 20-an yang ditahan berkata, dia baru saja bekerja di premis berkenaan beberapa hari lalu.

“Saya tahu mengenai kerja ini melalui rakan. Saya ditugaskan untuk mengurus serta memantau perjudian online mengikut syif.

“Saya tidak tahu jumlah gaji yang ditawarkan memandangkan baru saja bekerja di sini sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian barang yang dirampas polis dalam serbuan di bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.
Sebahagian barang yang dirampas polis dalam serbuan di bangunan pejabat di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi D7 Selangor, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, premis terletak di tingkat 23 itu dipercayai beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Katanya, soal siasat mendapati premis itu disewa dengan bayaran RM8,000 sebulan, manakala bayaran gaji yang diterima pekerja terbabit adalah RM3,500.

"Kita telah merampas lima komputer dan 18 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian yang mensasarkan pelanggan warga tempatan.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!