Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai buka esok

Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara sempena perayaan Aidiladha.
Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara sempena perayaan Aidiladha.
A
A
A

KOTA BHARU – Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara sempena perayaan Aidiladha selama seminggu bermula esok.

Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas ECER, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir Adina Mamat berkata, laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang esok sehingga 10 pagi 15 Ogos ini.

Menurutnya, pembukaan sementara laluan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan.

Bagaimanapun katanya, ia akan ditutup semula pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya.

“Ia akan membolehkan pembukaan secara kekal dapat dilakukan mengikut waktu yang ditetapkan.

“Pihak kami berharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: