Pemimpin lebih patuh kepada parti daripada ALLAH: Dr Zakir

Dr Zakir menjawab soalan dalam program Jelajah Dakwah Zakir Naik ke Kelantan 2019 di KTC dan turut disertai oleh anaknya, Fariq.
Dr Zakir menjawab soalan dalam program Jelajah Dakwah Zakir Naik ke Kelantan 2019 di KTC dan turut disertai oleh anaknya, Fariq.
A
A
A

KOTA BHARU – Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik beranggapan tidak maklum dengan mana-mana negara Islam yang ditadbir mengikut Islam sepenuhnya.

Beliau berkata, pemimpin ketika ini berbeza dengan politik yang diamalkan Rasulullah SAW, kerana mereka lebih suka mendengar arahan daripada presiden parti daripada ALLAH SWT.

Ini kerana katanya, golongan ini tidak tahu kebahagian terulung dan mengejar kuasa serta kebahagian palsu yang sementara.

“Malang sekali, kita lebih takut kafir daripada ALLAH SWT, kita lebih suka berjabat tangan dengan mereka.

"Apa yang berlaku (perselisihan dalam kalangan umat Islam) ialah disebabkan politik, ada beberapa kumpulan politik dan jika kita pergi jauh ke dalam, kita akan dapati mereka jauh daripada Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai penyelesaian terbaik untuk mengatasi konflik antara ahli sunnah dan syiah malam semalam.

Program sempena Jelajah Dakwah Zakir Naik ke Kelantan 2019 di Kelantan Trade Centre (KTC) malam semalam turut disertai oleh anak lelakinya, Fariq.

Dr Zakir berkata, umat Islam kini berpecah kepada beberapa kerana ahli politiknya tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya.

“Islam tidak membahagikan umatnya kepada kumpulan, kerana menjadikan ALLAH SWT sebagai tuhan yang esa.

“Politik terbaik ialah amalan politik yang diamalkan oleh Rasullah dan diikuti Khalifah ar-Rasyidin,” katanya.