X

Kindly register in order to view this article
!

iNSPiC, kamera dengan pencetak hasil foto lebih memukau

DARI kanan, Ketua Bahagian Produk Sistem Pengguna, Bahagian Pemasaran Canon Malaysia, Sandy Lee; Presiden Canon Malaysia, Andrew Koh dan Pengurus Pemasaran Bahagian Produk Pengguna, Joanne Wong menunjukkan siri terbaharu iNSPiC.
A
A

BUKAN sahaja dapat merakam detik menyeronokkan, inovasi baharu terkini Canon Marketing Malaysia iaitu kamera dengan pencetak mini mampu menghasilkan gambar dengan sekelip mata.

Syarikat gergasi itu baru-baru ini memperkenalkan dua kamera pencetak segera, iNSPiC yang lebih kompak dan bergaya kepada semua pengguna.

iNSPiC [S] dan iNSPiC [C] merupakan tambahan baharu kepada rangkaian Mini Photo Printer Canon sejajar dengan penjenamaan semula Mini Photo Printer kepada iNSPiC [P].

iNSPiC ialah singkatan untuk Inspiring Pictures atau foto yang memberikan inspirasi tampil sebagai kamera pencetak segera yang bersaiz poket sekali gus menggabungkan keupayaan untuk mencetak dan berkongsi foto dengan segera serta kamera digital.

Lebih menarik lagi, siri iNSPiC itu juga boleh mencetak semula foto yang sama apabila dihubungkan kepada telefon pintar melalui bluetooth sahaja.

Menurut Ketua Bahagian Produk Sistem Pengguna (CSP), Bahagian Pemasaran Canon Malaysia, Sandy Lee, siri iNSPiC melambangkan pencapaian besar buat Canon.

“Kejayaan dalam menghasilkan kamera pencetak segera yang pertamanya sebagai tambahan menarik kepada rangkaian pencetak foto kami.

“Kedua-dua kamera dilengkapi ciri baharu yang tiada bandingan, model teratas iNSPiC [S] dilengkapi dengan lampu LED cincin dan ideogram yang terunggul seperti stiker, bingkai foto bergaya dan teks yang menarik boleh didapati melalui aplikasi mudah alih Canon Mini Print sekali gus menjana kreativiti pengguna dengan segera,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

iNSPiC [C] CV-123A Siri iNSPiC [C] yang dilancarkan bersama siri [S] didatangkan dalam pelbagai pilihan warna pop yang menarik seperti Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Seaside Blue sekali gus mempamerkan gaya fesyen yang berani dan unik.

Dengan kamera bina-dalam yang beresolusi 5 mega piksel dan cermin swafoto di sebelah lensa kamera, lebih mudah untuk mengambil swafoto.

iNSPiC [S] ZV-123A Kamera pencetak itu didatangkan dalam tiga warna iaitu Pearl White, Matte Black dan Rose Gold serta lebih nipis berbanding dengan kebanyakan kamera digital kompak.

Peranti ultra-tipis tersebut dilengkapi dengan satu kamera fokus tetap dengan resolusi setinggi lapan megapiksel.

Pengguna boleh menghubungkan peranti tersebut kepada telefon pintar mereka melalui aplikasi mudah alih Canon Mini Print untuk mencetak foto-foto yang disimpan dalam telefon pintar.

iNSPiC [S] juga didatangkan dengan slot SD Mikro yang dapat menyokong kapasiti kad sehingga 256GB.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!