X

Kindly register in order to view this article
!

Guna suara ibu kejutkan Nora Anne

Mohd Nor Marzukee menunjukkan peta pencarian hari ini.
A
A

SEREMBAN - Polis akan menggunakan strategi rakaman suara keluarga Nora Anne Quoirin, 15, bagi mengesan kedudukan remaja Ireland itu yang hilang di sebuah resort di Pantai di sini, sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, cadangan itu diusulkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Mansor sebagai alternatif lain dalam usaha pencarian remaja berkenaan pada hari kelima.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang mendapat persetujuan daripada keluarga mangsa.

"Kita yakin rakaman suara itu dapat membantu mengesan mangsa jadi kita akan cuba dapatkan rakaman suara keluarga yang paling rapat dengannya.

"Kalau dia rapat dengan ibunya kita akan guna rakaman suara ibunya dan juga ahli keluarga lain. Kita akan menggunakan pembesar suara memanggil," katanya pada sidang media selepas sesi taklimat di lokasi kejadian.

Operasi kawasan pencarian hari ini sama seperti semalam iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang.
Operasi kawasan pencarian hari ini sama seperti semalam iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang.

Beliau berkata, anggota yang terlibat dalam operasi pencarian juga diminta 'mengejutkan' Nora dengan memanggil namanya dengan harapan ia dapat membantu pencarian.

Pada masa sama pihaknya mengalu-alukan cadangan daripada mana-mana pihak termasuk membenarkan kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk sertai operasi.

"Operasi kawasan pencarian hari ini sama seperti semalam iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang yang melibatkan anggota daripada pelbagai agensi seramai 252 orang termasuk menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang lebih canggih dan dua dron.

"Kita juga saran kepada rakyat Malaysia dan luar untuk ikut cara agama masing-masing berdoa supaya remaja itu segera ditemui," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bersedih, trauma kehilangan Nora Anne


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus