Pesanan penuh bermanfaat Abdurrahman kepada umat Islam

Pengamal media dari pelbagai negara Islam di pejabat Syeikh Abdurrahman Sudais di Makkah semalam.
Pengamal media dari pelbagai negara Islam di pejabat Syeikh Abdurrahman Sudais di Makkah semalam.
A
A
A

MAKKAH - Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Abdurrahman Sudais menjelaskan bahawa ibadah haji merupakan cara untuk memperkuat kesatuan dan perpaduan antara umat Islam.

Menurut beliau, jemaah haji juga perlu khusyuk menjalankan rukun Islam kelima dan fokus menjalankan ibadah dengan melupakan sejenak aktiviti keduniaan yang lainnya.

“Haji hanya untuk ibadah, bukan tempat untuk berpolitik apatah lagi untuk mencetuskan suasana tidak elok seperti keganasan dan sebagainya," tuturnya.

"Tumpukan niat kita pada ibadah haji kerana peluang yang kita perolehi itu mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup," katanya ketika menerima kunjungan para pengamal media dari pelbagai negara Islam di pejabatnya di Makkah semalam.

Abdurrahman juga mengingatkan bahawa Islam merupakan agama yang penuh dengan cinta damai dan ibadah haji adalah cerminan terbaik kepada interpretasi keamanan.

Jelas beliau, ketika lebih 2 juta umat Islam daripada pelbagai latar belakang bangsa, politik dan budaya berhimpun di Kota Suci Makkah, kita boleh menyaksikan mereka saling berkasih sayang, hormat menghormati dan bersilaturahim atas nama Islam.

"Tidak pernah tercetus sebarang ketegangan atau perselisihan biarpun jutaan manusia berkongsi ruang, kemudahan dan sebagainya sepanjang berada di Makkah. Itu buktinya Islam adalah agama penuh kedamaian serta toleransi," ujar beliau.

Mengulas lanjut, Abdurrahman yang diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Haram sejak usia 22 tahun itu meminta agar pengamal media, supaya turut ikut menyuarakan perdamaian dengan menyampaikan berita-berita berfakta bukan khabar angin semata-mata.

Artikel Berkaitan: