Hajat nak pakai kereta lebur

Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof )
Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof )
A
A
A

KUANTAN - Seorang polis bantuan di sebuah syarikat minyak kerugian RM3,630 selepas terpedaya dalam urusan jual beli kereta melalui laman sosial Facebook.

Mangsa berusia 31 tahun yang bertugas di Kerteh Terengganu berminat untuk membeli sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang ditawarkan pada harga RM16,000 selepas melayari laman sosial itu awal Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berurusan dengan seorang lelaki dari syarikat pengurusan pinjaman kereta dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

"Mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan segera bagi mengelak ia terlepas kepada pembeli lain yang berminat. Setuju dengan syarat itu, mangsa membuat bayaran pertama berjumlah RM930 melalui akaun bank atas nama seorang lelaki pada 5 Julai 2019

“Bayaran seterusnya sebanyak RM2,700 melalui akaun sama lima hari kemudian. Selepas semua bayaran dibuat termasuk bayaran untuk insurans sebanyak RM150 dilunaskan, mangsa dimaklumkan kereta yang dibeli itu akan diserahkan pada 18 Julai 2019," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kereta yang dijanjikan gagal diserahkan kepada mangsa pada tarikh ditetapkan dan sehingga laporan polis dibuat, masih tiada respons daripada lelaki terbabit.

“Polis sedang mengesan seorang individu pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: