Penagih sembunyi dalam reban itik

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Tindakan seorang penganggur menagih dan menyimpan dadah serta barangan hasil curi di dalam reban itik bagi mengelak dihidu pihak berkuasa terbongkar apabila dicekup dalam serbuan di Parit 5 Jalan Ban Kanal di Sekinchan, kelmarin.

Suspek lelaki yang dicekup pada jam 1.20 petang itu bukan saja terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah, malah terlibat dalam satu kes pecah rumah di Kampung Penerangan Sekinchan, 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, polis yang melakukan serbuan di rumah keluarga suspek menemui lelaki terbabit bersembunyi dalam reban itik belakang rumah berkenaan.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah terbabit.

“Polis merampas satu jam tangan berjenama, pengecas bateri tambahan (dua), telefon bimbit pelbagai jenama (tiga) dan satu pengisar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini hari ini.

Nor Azmi memberitahu, pemeriksaan air kencing mendapati suspek yang masih bujang itu positif dadah.

"Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Artikel Berkaitan: