Lelaki dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang

Operasi SAR yang dijalankan di lokasi kejadian malam tadi. Gambar kecil, Wan Khairul Amirin Rojiham.
Operasi SAR yang dijalankan di lokasi kejadian malam tadi. Gambar kecil, Wan Khairul Amirin Rojiham.
A
A
A

BENTONG - Seorang pemuda dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong malam tadi.

‌Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 malam apabila mangsa, Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, dari Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor dibawa arus deras.

‌Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, rakan -rakan cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

‌"11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong diketuai Ketua Balai telah membuat pencarian di pemukaan di lokasi kejadian namun masih gagal menemui mangsa.

ADUN Ketari,Young Shefura (tengah) turut meninjau operasi SAR di lokasi kejadian malam tadi.
ADUN Ketari,Young Shefura (tengah) turut meninjau operasi SAR di lokasi kejadian malam tadi.

‌"Sehingga jam 10.10 malam operasi mencari belum menemui mangsa dan operasi telah ditangguhkan sehingga pagi ini," katanya dalam satu kenyataan.

‌Turut sama dalam operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) ini adalah pihak polis,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM ) dan pasukan Bomba Sukarela Perting.

‌Sementara itu, ADUN Ketari, Young Shefura Othman turut meninjau ke tempat kejadian serta meninjau operasi yang dijalankan.

Artikel Berkaitan: