Aktiviti judi tumpas, lapan lelaki diberkas

Mohd Fahmi (tengah) menunjukkan sebahagian barang rampasan membabitkan kegiatan perjudian haram dalam beberapa serbuan di sekitar Dang Wangi, minggu lalu.
Mohd Fahmi (tengah) menunjukkan sebahagian barang rampasan membabitkan kegiatan perjudian haram dalam beberapa serbuan di sekitar Dang Wangi, minggu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggempur empat premis dan menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Serbuan dilakukan di sekitar Dang Wangi di sini menerusi empat operasi bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kesemua lelaki yang ditahan membabitkan tujuh warga tempatan dan seorang warga Bangladesh berusia antara 39 hingga 70 tahun.

"Serbuan pertama dibuat pada Rabu lalu di sebuah premis judi online di Jalan Yew, Pudu dengan tangkapan seorang lelaki, selain rampasan beberapa unit tablet, komputer riba serta wang tunai berjumlah RM50.

“Kemudian, serbuan kedua pada Khamis pula menahan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai menjalankan perjudian online dengan berselindung di sebalik sebuah restoran di Jalan Imbi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan seterusnya pada Jumaat yang berjaya menahan lima lelaki terlibat dengan perjudian bookie kuda di sebuah kedai kopi di Jalan Pudu, Kuala Lumpur dengan rampasan wang tunai berjumlah RM5,349 dan enam unit telefon bimbit.

Katanya, ketika ditahan, kesemua mereka sedang leka bermain judi di telefon bimbit masing-masing.

Tambahnya, tangkapan terakhir di Jalan Pudu kemudian menahan seorang lelaki berusia 48 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati lelaki itu terlibat dengan kegiatan judi loteri haram. Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan perjudian haram boleh menyalurkannya kepada Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222," katanya.