Khiriah titip pesan buat Syafie Naswip

Pelakon, Noorkhiriah
Pelakon, Noorkhiriah
A
A
A

PELAKON Nur dan Nur 2, Noorkhiriah menyuntik kata-kata semangat kepada pelakon berbakat besar, Syafie Naswip.

Menerusi perkongsian panjang lebar di Instagram milik pelakon wanita itu, Khiriah berkata, Syafie seorang yang menghormati orang.

"Serius, anak ini hormat kepada orang tinggi tahapnya. Patut sahajalah arwah Cik Min (Yasmin Ahmad) sayang sangat. Kalaulah Cik Min masih ada.

"Semoga yang terbaik buat mu adik Syafie Naswip. Baik atau buruk perjalanan hidup kita itu adalah pengalaman berharga.

"Anggap sahaja apa yang terjadi mematangkan kita. Yang baik kekalkan dan yang buruk dijauhkan. Sayang mak ayah kita selagi mereka ada dan jaga diri baik-baik serta akhlak ya adik," tulisnya di IG.

Dalam perkongsian sama, Khiriah turut mengimbau kenangan mereka sewaktu menang trofi Anugerah Skrin 2007. Ketika itu Khiriah menang untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, sementara Syafie Pelakon Lelaki Terbaik.

Artikel Berkaitan: