Bekas wartawan nekad berkayuh 31 hari

Pelepasan Jelajah Merdeka disempurnakan di hadapan Kedai Basikal Kedah, Sungai Petani.
Pelepasan Jelajah Merdeka disempurnakan di hadapan Kedai Basikal Kedah, Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas nekad melakukan kayuhan 31 hari mengelilingi negara ini bagi mengedarkan 150,000 Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Che Saad Nordin, 70, berkata, kayuhan berkenaan merupakan yang ke-10 bagi rekod peribadinya dan kayuhan kemerdekaan kali keempat dilakukannya.

Che Saad
Che Saad



Dari kanan Jamlus, Che Saad dan Azmi bersedia memulakan kayuhan Jelajah Merdeka.
Dari kanan Jamlus, Che Saad dan Azmi bersedia memulakan kayuhan Jelajah Merdeka.

Beliau yang juga bekas wartawan Bernama berkata, objektif kayuhan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap stamina dan memantapkan kesihatan sekaligus memberi kesedaran dan memupuk semangat cintakan negara.

"Jelajah merdeka kali ini ditemani rakan kayuhan, Jamlus Affendi, 35, dan Azmi Osman, 50.

Che Saad (tiga kanan) bersama rakan-rakan yang memberi sokongan kepadanya menyertai kayuhan Jelajah Merdeka.
Che Saad (tiga kanan) bersama rakan-rakan yang memberi sokongan kepadanya menyertai kayuhan Jelajah Merdeka.

"Bagaimanapun Azmi hanya mampu menemani kami sehingga ke Grik, Perak memandangkan dia perlu menguruskan perniagaan yang diusahakannya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada pelepasan Kayuhan Jelajah Merdeka di Kedai Basikal Kedah, Cinta Sayang Resorts Home baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Acara pelepasan turut diraikan kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna Jalur Gemilang yang diadakan sejak pagi.

Kanak-kanak memeriahkan acara pelepasan Jelajah Merdeka.
Kanak-kanak memeriahkan acara pelepasan Jelajah Merdeka.

Menurut Che Saad, kesemua Jalur Gemilang adalah tajaan pelbagai pihak untuk diedarkan di setiap persinggahan sepanjang kayuhan bermula 1 Ogos dan akan tamat pada 31 Ogos nanti.

Antara laluan termasuklah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan berpatah balik ke Selangor sebelum ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan akan berakhir di Perlis.

Difahamkan Che Saad dan rakannya antara sembilan pengayuh yang akan menyertai Kayuhan ke Makkah pada Januari tahun hadapan.

Acara pelepasan turut dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak.
Acara pelepasan turut dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak.

Berdasarkan rekod, Jamlus merupakan pemegang Malaysia Book of Records 2001 berjalan kaki tanpa berhenti dari Padang Besar, Perlis ke Tanjung Pial, Pontian, Johor.