Pemuda Amanah Kelantan tolak 'cai'

Hazmi
Hazmi
A
A
A

KOTA BHARU – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyatakan pendirian untuk tidak menyokong sistem 'cai' dalam Pemilihan Jawatankuasa Amanah tahun ini.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, sistem cai atau lebih dikenali ‘rakit’ dalam kalangan penduduk Kelantan boleh menyebabkan kemenangan tidak berpihak kepada tokoh yang berkaliber hanya kerana mereka tersalah pilih kumpulan.

Menurutnya, semua pihak perlu menganggap calon yang bertanding sebagai sahabat dan keluarga bagi mewujudkan kerjasama padu dalam satu pasukan.

“Saya khuatir sistem cai akan mengundang kempen secara berlebihan sehingga timbulnya puak-puak dalam kepimpinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin larang guna sistem 'cai'

“Jangan disebabkan pemilihan ini kita bermusuh kerana kita sendiri akan malu untuk berdepan dengan mereka kelak,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hazmi berkata, ia sebagaimana kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub supaya sistem cai tidak diguna pakai pada pemilihan ketika ini.

Semalam, Salahuddin menegaskan beliau tidak menyokong sistem cai pada pemilihan Pemuda Amanah ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, perkara seumpama itu tidak boleh berlaku sama sekali dan dilarang sebagaimana budaya yang diterapkan oleh parti Pas kerana ia dilihat tidak adil kepada semua ahli.