19 maut letupan kereta di Kaherah

Pasukan pakar tiba di lokasi kejadian bagi menyiasat insiden letupan yang meragut 19 nyawa di Kaherah. - Foto Aly Fahim/AFP
Pasukan pakar tiba di lokasi kejadian bagi menyiasat insiden letupan yang meragut 19 nyawa di Kaherah. - Foto Aly Fahim/AFP
A
A
A

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 19 dilaporkan maut manakala 30 yang lain cedera dalam insiden letupan di luar Institut Kanser Kebangsaan Mesir yang terletak di tengah Kaherah, kata kementerian kesihatan negara itu awal hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, sebuah kereta yang bergerak menentang arus bertembung dengan tiga kereta lain menyebabkan letupan berlaku.

Video yang dimuat naik menunjukkan pihak bomba cuba mengawal kebakaran besar yang turut merosakkan beberapa kenderaan.

Sumber memberitahu Reuters, pendakwa raya Mesir sedang menyiasat punca insiden, namun tiada kenyataan rasmi yang menyatakan insiden letupan adalah satu serangan.

Sementara itu, agensi berita Al Jazeera diberitahu sepasukan pendakwa, pakar makmal jenayah dan juga pakar bom telah tiba di lokasi kejadian. - Agensi

Artikel Berkaitan: