Pekerja kilang pau maut dikelar rakan sekerja

Sebuah pisau pemotong daging dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui di rumah kedai di Taman Bunga Raya, di sini.
Sebuah pisau pemotong daging dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui di rumah kedai di Taman Bunga Raya, di sini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kilang pau ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di Taman Bunga Raya, di sini, dipercayai akibat pergaduhan dengan rakan sekerjanya kira-kira jam 1 petang tadi.

Kejadian terbabit disedari majikan yang datang selepas rehat apabila terlihat mayat mangsa di bahagian belakang rumah kedai pau tersebut.

Difahamkan, mangsa yang merupakan warga Myanmar maut dibunuh rakan senegaranya angkara wang.

Melalui soal siasat, suspek mengaku mengelar mangsa selepas mencuri duit mangsa sebanyak RM500.

Mangsa dipercayai dibunuh di ruang depan rumah kedai berkenaan sebelum diseret berdasarkan kesan darah di lantai, malah suspek dipercayai cuba memasukkan mayat mangsa ke dalam guni tepung namun kemudiannya meninggalkan mayat terbabit begitu sahaja.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di sebuah stesen bas lebih kurang jam 4.15 petang.
Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di sebuah stesen bas lebih kurang jam 4.15 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Muda, Superitenden Komisioner, Sazalee Adam mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui pisau pemotong daging di tepi kaki kipas dipercayai digunakan dalam kejadian dan terdapat kesan darah di ruang hadapan kedai.

Artikel Berkaitan:

"Susulan itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an ditahan kira-kira jam 4.15 petang di sebuah stesen bas kerana disyaki terlibat di dalam kejadian bunuh ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.