Danial Zaini mohon maaf

DANIAL ZAINI Foto : INSTAGRAM
DANIAL ZAINI Foto : INSTAGRAM
A
A
A
PELAWAK dan penyampai radio, Danial Zaini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat kesilapan dalam menyampaikan maklumat mengenai pembatalan sesi bertemu peminat penyanyi K-pop, Kim Jae Hwan, pada 29 Julai lalu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya, Danial turut berharap agar Kim Jae Hwan dan peminat bintang itu dapat memaafkannya.

"Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat kekhilafan di pihak saya ketika menyampaikan maklumat mengenai pembatalan sesi bertemu peminat penyanyi K-pop, Kim Jae Hwan menerusi stesen radio Era pada 29 Julai lalu dengan mengatakan bahawaKim Jae Hwan yang tidak mahu hadir ke Stadium Malawati, Shah Alam pada 27 Julai 2019.

"Justeru itu, saya dengan seikhlas hati meminta maaf kepada Kim Jae Hwan serta peminatnya kerana saya menyampaikan maklumat yang kurang tepat kepada pendengar radio Era.

"Terima kasih atas sokongan anda dan memahami situasi ini. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya yang kerdil ini," jelasnya.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini, acara bertemu peminat 'Kim Jae Hwan Fan Meeting 2019' yang dijadualkan bermula pada jam 6 petang, 27 Julai lalu di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan selepas pihak penganjur gagal mendapatkan kelulusan permit.

Pihak penganjur iaitu MacpiePro turut memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter dan memohon maaf kepada peminat kerana memberi makluman pada saat akhir.