Agenda penyatuan ummah bukan dasar parti

Mohamad (kanan) bersalaman dengan wakil daripada Pas yang turut hadir pada Persidangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor petang tadi.
Mohamad (kanan) bersalaman dengan wakil daripada Pas yang turut hadir pada Persidangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor petang tadi.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Agenda penyatuan ummah bukan perlembagaan mahupun dasar parti sebaliknya ia kerjasama antara UMNO dan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru terhadap mana-mana ahli atau pemimpin yang tidak menyokong agenda penyatuan ini.

"Agenda perpaduan ummah dengan Pas itu tidak melibatkan dasar dan perlembagaan parti atau sehingga menyaksikan penggabungan antara kedua-dua parti.

"Strategi kerjasama ini dilakukan supaya kita dapat membentuk blok pembangkang yang kuat sebab rakyat ketika ini mahukan pembangkang yang cekap dan ada kredibiliti," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor di Dewan Pusat Pengajian Darul Hadis Pokok Machang, di sini petang tadi.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Mohd Yusoff Mohd Nor.

Terdahulu Pengerusi Jemaah UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini menggesa parti mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin dan ahli yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

Beliau berkata, disiplin dalam parti perlu diperkuatkan tambahan pula UMNO kini bekerjasama dengan Pas.

Sementara itu, Mohamad turut mengingatkan ahli-ahli UMNO di semua peringkat supaya mengelak daripada sebarang persengketaan yang membawa kepada perpecahan parti.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, kuasa politik orang Melayu sebelum ini semakin melemah dan menguncup disebabkan perpecahan di dalam UMNO yang menyaksikan wujudnya beberapa parti seperti Pas; Semangat 46; PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tambahnya, perpecahan itu juga menyebabkan orang Melayu hilang kuasa politik meskipun merupakan kaum majoriti seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu.