Mujahid minta Zahid jangan jadi batu api

ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman (kanan) menyampaikan cenderhati kepada Mujahid pada Program Dialog Rahmatan Lil Alamin Bersama NGO-NGO Islam dan Komuniti di Pusat Khidmat ADUN Sabak semalam.
ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman (kanan) menyampaikan cenderhati kepada Mujahid pada Program Dialog Rahmatan Lil Alamin Bersama NGO-NGO Islam dan Komuniti di Pusat Khidmat ADUN Sabak semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP punca parti Melayu berpecah disifatkan sebagai beg menumbuk atau sasaran pembangkang bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pembangkang mengambil kesempatan dengan menjadi batu api sejak sekian lama.

"Dakwaan politik yang DAP jahat bukan hari ini sahaja, malah sebelum ini, puluh tahun dah semuanya masalah DAP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Dialog Rahmatan Lil Alamin Bersama NGO-NGO (Badan Bukan Kerajaan) Islam dan Komuniti di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak di sini malam tadi.

Menurutnya, Ahmad Zahid diminta tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya membantu kerajaan dengan pandangan yang lebih bernas.

"Kita hendak beritahu Zahid tolonglah jangan jadi batu api. Kembalilah kepada alam realiti dan sumbanglah idea yang boleh membangunkan negara," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mendakwa DAP punca parti Melayu berpecah hingga mengakibatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau berkata, kaedah dilakukan DAP ialah memecahkan Pas dan UMNO sehingga membawa kepada penubuhan dua parti politik Melayu iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bersatu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid dakwa DAP punca Melayu berpecah