Zahid dakwa DAP punca Melayu berpecah

Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO dan Pas serta rakan komponen BN di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini.
Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO dan Pas serta rakan komponen BN di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP menjadi punca parti Melayu berpecah hingga mengakibatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, kaedah dilakukan DAP ialah memecahkan Pas dan UMNO sehingga membawa kepada penubuhan dua parti politik Melayu.

"Apabila Pas berpecah maka wujudlah Parti Amanah Negara (Amanah). Pada waktu sama mesej serupa dilakukan kepada pemimpin Melayu untuk memecahkan UMNO hingga tertubuhlah Bersatu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, DAP kemudian menagih janji untuk memastikan pemimpin mereka membarisi Kabinet penting kerajaan setelah PH meraih kemenangan pada PRU14 lalu.

"Apa akibatnya selepas itu? DAP telah mewujudkan boneka dalam kerajaan yang ada seperti kaduk naik junjung, ibarat dapat betis hendak paha," katanya.

Artikel Berkaitan: